Saturday 24 October 2009

Sabun Semula Jadi : C-Element Soap




C-Element Soap





C-element soap membantu memperkecilkan liang-liang bulu roma; memutihkan kulit; menolong menyingkirkan sel-sel kulit yang mati dan membersihkan kulit. Ia juga ialah sabun antiseptik yang berkesan untuk menjaga kesihatan kulit dan melegakan kegatalan kulit. Ia diperbuat daripada zarah-zarah karbon aktif halus yang berkesan untuk menyerap dan menyingkirkan rembesan minyak yang berlebihan daripada kulit; pancaran inframerah panjangnya pula boleh melancarkan peredaran darah dan kadar metabolisme serta melegakan keletihan. Sementara itu, lemon grass oil berkesan untuk mengekalkan kulit yang anjal, putih dan licin.

Bahan-bahan: Serbuk karbon aktif halus, minyak semula jadi (avocado, zaitun, kelapa sawit, kelapa, castor); essential oil (tea tree, peppermint, eucalyptus); air tulen dan natrium hidroksida.

Fungsi: C-element soap boleh mengecilkan liang-liang bulu roma, memutih dan membersihkan kulit serta membuang sel-sel kulit mati. Ia juga berkesan bagi membuangkan kotoran dan rembesan minyak yang berlebihan daripada kulit.

Penggunaan: Untuk basuhan muka dan mandi harian. Pengguna yang alahan kepada pati minyak tumbuhan dan luka mesti guna dengan berhati-hati. Bilas dengan air yang banyak sekiranya terkena mata.




100 % sabun semula jadi berasaskan bahan tumbuhan.
 
Tiada bahan karsinogenik dan bahan pengawet.
 
Tiada bahan wangian dan pencelup kimia.
 
 
 
 
Hidup cara semula jadi, hidup jadi lebih sempurna !



活得天然,活出健康!


 
 
 
 

No comments:

Post a Comment